Thursday, October 21, 2010

~Sengaja Vs Tak Sengaja~

hye semua & assalamualaikum.
Biasanya bila kita OTW balik kerja naik putra LRt ke, monorail ke, Star ke, kereta ke, bus ker atau apa2 lah yang sewaktu dengannya mesti kita akan banyak berfikir tentang bermacam2 benda yang terlintas kat kepala betul tak???Nak dijadikan cerita, adalah seorang hamba ALLAH tu kan sebut pasal tandas.Hamba Alah tu cakap kuat2 dengan penuh yakin dan tanpa was2 "ishk, siapalah yang membuang dalam tandas tak reti nak flush tuh, kalau aku dapat orangnya siaplah!!!Pengotor!!orang macam tu sesuai duduk kat dalam hutan jerk. buang kat dalam lubang yang gali sendiri.!!" begitulah ayat seorang hamba Allah tu. Entah macam mana cik orked pon terfikirlah, kalau secara logiknya takkan lah orang yang membuang tu tak nak flush betul tak???mesti ada sebab. kemungkinan flush tu yang rosak sebab tu tandas tu tersumbat. Yang bercakap menyindir orang tu ada ker dia pergi selidik sebab apa tandas tu jadi macam tu??ataupun ada ker pergi try flush kan??ada???tak da rasanya~
Lepas tu cakap tak fikir perasaan orang yang membuang tu main nak terjah jer kan. Perasaan dia je yang dia kesahkan. Look like macam selfish kan. tapi selalunya itulah yang terjadi. bercakap main sedap mulut jer tak fikir perasaan orang lain terutama Orang yang membuang tu. cik orked yakin mesti flush tandas tu yang rosak bukan sengaja tapi tak disengajakan...Tandas oh tandas pasal ko pon ada orang gaduh yer.popular jugak ko nih..hehhe..

Sunday, October 10, 2010

~Thousand word Will begin Rite Now~

hai everyone..Sebenarnya orked dah lama ada blog account ni, tapi sekarang baru orked boleh benar2 bergiat aktif.Sebenarnya orked memang suka menulis cuma kadang2 desakan waktu dan kerja yang lebih penting menghalang.Sekarang i'm back!!..(^_^).A lot of story yang orked nak kongsi kepada kawan2 yang juga kongsi minat yang sama. InsyaAllah orked akan selalu update blog supaya lebih menarik untuk di kongsi bersama.Orked lebih selesa dan puas hati kalau segala yang orked tak puas hati, bengang ke, sakit hati ke, marah ke, atau apa2 lah yang berkaitan dengan perasaan, jiwa, hobi, interest atau pendapat orked tulis kat paper atau kat blog..Tapi macam biasalah ada cerita yang boleh kongsi dan ada yang hanya boleh jadi rahsia diri sendiri.betul kan???

this is me!!
Hari ni nak memperkenalkan my BFF. Nama dia Gadiss..kami dah kena hampir 3 tahun. Dalam masa 3 tahun kami selalu kongsi cerita berdua.Gelak sama2 kalau cerita kelakar, nangis sama2 kalau cerita sedih dan sakit hati. dah macam adik-beradik dah kalau orang tgk.Tapi yang pelik bila orang tgk kami sorang macam muka anak mami penang (orkedlah tu) sorang lagi macam cina sabah (gadiss). Jadi, dah sah2 kami bukan adik beradik. Zaman sekarang ni susah nk cari sahabat macam ni. tapi bukan mustahil.
This is Gadiss (my BFF)!!
Kami suka warna yang sama ~ orange, purple, putih dan hitam. Suka makan coklat. Banyak lagi lah yang sama.Kiranya kami ni serasi dan banyak persamaan. Bila banyak persamaan tu ah yang kadang2 buat kami bergaduh.hahahaha..bila ingat balik kelakar pulak..

 

10.10.10

Rasanya Semua orang tahu yang tarikh 10.10.10 ni dah jadi kegilaan ramai. pasangan yang nak mendirikan rumah tangga pun kebanyakkannya pilih tarikh ni. termasuklah angkasawan kita + Dr halina. pasangan yang sama cantik dan sama padan. Terserlah seri wajah kedua2 pengantin bila tengok majlis raja sehari dalam rancangan Nona petang tadi.
Cerita tentang tarikh dan perkahwinan, hari ini abang orked jugak melangsungkan perkahwinan di johor. kakak ipar orked orang johor. itu yang penat sikit hari ni. majlis berlangsung secara sederhana je bertemakan warna merah di sebelah lelaki dan warna emas di sebelah perempuan.  Hari ni pertama kali orked tahu nama kakak ipar orked dan tengok muka kak fiza (kakak ipar). Sebelum ni dengar cerita jer. Abang orked ni pulak buat surprise, tiba2 je nak kawen. kakak ipar ada datang umah tapi masa tu orked tak balik kampung. Kak fiza pandai masak, buat kuih pon sedap. nampaknya abang orked yang kurus tu akan gemuk tak lama lagi.hehehe...nak tengok gambar diorang tak???

 Majlis Raja sehari Antara samsulhisam & Fiza
Okeyh, ni sedikit gambar persandingan abang orked dan kak fiza.Nak upload banyak2 macam tak boleh  jerk..takper nnt orked upload kat facebook okeyh..
ermm..mata ni macam dah mengantok sangat..jam pon dah nak pukul 1.30am. daaa...
"Setiap PerteMuan pasti Akan temu Perpisahan-film Magika"