Friday, December 31, 2010

~New year New book New life~

hey!!salam semua..
Cik Orked yakin semua orang sekarang ni tgh hang out dengan kawan2 atau keluarga untuk sambut new year kan. di mana lokasi anda untuk new year countdown tahun ni?Selalunya orang akan pergi KLCC,  tak pon Bukit Bintang, tak pon Dataran Merdeka.erm..ada jugak yang pergi Ampang lookout. tak kesah lah mana2 pon korang sambut yang penting korang happy. selalunya cik orked suka tgk percikan bunga api masa  new year sbb rasa macam kita raikan pemergian tahun 2010 dengan penuh gembira even bayak suka-duka yang berlaku. dan raikan kedatangan tahun baru dengan tangan yang terbuka luas. then, mesti akan pasang azam baru.macam mana dengan korang semua? dah pasang azam baru ker??erm..pasang cepat yer. Bukan apa bila kita ada azam baru ni at least kita ada landasan sendiri untuk arah tuju hidup kita. Kalaulah kita tersasar dari landasan kita ada peunjuk untuk kembali ke jalan yang sepatutnya. jadi, cepat2 pasang azam yer.

wishing you  all a Fantastic January...
Lovable Fabuary...
Marvelous March...
Luckiest April...
Enjoyable May...
Succesfull June...
Wonderful July...
Abundance August....
Sweetest  September...
Properous October...
Beautiful November..
Happiest December..

Have a victorious years, wishing u Happy New Year 2011..
Cheers. (^_^)


Monday, December 6, 2010

~Jom Teroka 1432H~

salam + hye semua!!!
Tak sedar masa berlalu begitu pantas meinggalkan kita. benarlah kata bijak pandai 'masa tidak sekali-kali menunggu kita, tetapi kita yang perlu kejar masa itu'. Hari ni telah pun masuk tahun baru iaitu 1432H. Haa..sempat tak baca doa akhir tahun dan doa awal tahun??? Semoga tahun baru ni lebih baik daripada tahun2 yang sebelumnya.Bila cakap tentang tahun baru, dah pasang azam baru ker???macam mana denga azam tahun lepas dah tercapai ker??ermm..kalau dah tercapai alhamdullillah.kalau belom tercapai boleh bawak foward ke tahun baru ni. kita sambung usaha untuk capai azam tu..ha..nak tambah azam baru pon boleh..at least dengan azam yang disenaraikan tu membuatkan kita selalu on track dan tak tersasar jauh dai landasan hidup yang sepatutnya. ~Selamat tahun baru~

p/s: Jom kita sama-sama terokai tahun 1432H..

"ya ALLAH, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya,sedia ada, tiada permulaan. Kelebihan Mu Maha Besar dan kmurahanMu sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada-mu agar terpelihara daripada tipu daya syaitan yang terlaknat dan konco-konconya serta bala tenteranya. dan kami memohon daipada Mu akan pertolongan mengalahkan runtuhan nafsu amarah."  

Sunday, December 5, 2010

~Rayyan Fantasi~

hye semua..
hmmm..lama betul tak update kat blog ni..bukan bz tapi takda bahan nak tulis..ehehheheh...
hari ni xtvt hujung minggu cik orked pergi jalan kat JJ. Kononnya nak makan2 jer tapi tersangkut pulak kat kedai buku MPH. Cadangnya nak cari 1 buku bertajuk 'The Secret' untuk kakak cik orked. tapi xada pulak.tiba2 best friend cik orked tunjuk satu buku baru. tajuk dia "Rayyan Fantasi" tulisan Ramlee Awang Mursyid- penulis kegemaran cik orked. hmm..buku baru!!apalagi belilah..murah jer RM 19.90. Memang tinggal sebuah je buku tu. nasib baik cepat kalau lambat kene tunggu stok baru lah jawabnya.

Cik orked belum baca lagi cuma sempat baca sinopsis cerita jer.'Rayyan fantasi' mengisahkan seorang lelaki yang bernama Aiddin yang memiliki sebuah keluarga bahagia. Susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Walaupun memiliki hidup yang gembira dan ceria, tetapi kehidupan kemanusiaanya tercalar apabila dia disahkan menghidap barah otak tahap 4. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam masa yang singkat. sejak itu jiwa Aiddin terganggu dan sering bersendirian. Perasaan dukanya ditenteramkan oleh tunangnya, Feenayang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir Aiddin adalah mendaki gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana tetapi Aiddin hilang di kawasan pergunungan itu. Selepas 5 tahun berlalu, Aiddin muncul kembali di kawasan itu. Sejak itu siri pembunuhan ngeri sering berlaku dan Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.


siapakah perempuan2 itu semua??Apakah kesudahan cerita ini??apakah yang berlaku sebenarnya?? Nantikan sambungan cerita sebenar selepas cik orked habis baca yer...(^_^)..Fantasi bijak menipu fikiran kita, oleh itu, pastikan sekeliling anda adalah realiti. Sebuah rahsia dalam lingkaran suspens hasil kreativiti tulisan Ramlee Awang Mursyid untuk anda semua terokai.

Sunday, November 21, 2010

~si Jundai~


Malam tadi ada seorang sahabat ajak cik orked pergi menonton teater tradisional Randai bertajuk si Jundai di ASWARA. cik orked pon pergilah daripada bosan2 duduk kat rumah kan.ini bukan kali pertama pergi tonton teater kat ASWARA adalah beberapa kali. Yang seronoknya bila tonton teater ni kita dapat tgk lakonan live daripada pelajar2 ASWARA.  Biasanya mereka ni akan buat teater berksahkan tarian atau cerita tradisional yang kadang2 kita sendiri pon tak tahu kewujudan cerita tu atau tarian tersebut.  baguskan??
Randai adalah sejenis teater rakyat yang popular di Negeri sembilan yang mana gabungan seni persembahan muzik, nyanyian, tarian, drama dan seni persilatan. Kiasah2 yang disampaikan adalah cerita yang berasal dari Minang. Dahulunya sering dipersembahkan di pesta dan majlis kesenian tradsional dan jalan cerita yang memakan masa beberapa hari. Namun kini Randai telah dipadatkan dan disesuaikan untuk dipersembahkan secara "teater dalam Bulatan" yang membawa maksud kesepaduan antara khalayak dan pelakon. Dahulu Randai dipersembahkan oleh golongan lelaki sahaja tetapi sejak 1960-an golongan wanita juga turut terlibat.
Si jundai bermaksud ilmu hitam atau sihir yang digunakan untuk mendapatkan sesuatu dengan cara yang tidak bermoral. Si Jundai Mengisahkan seorang pemuda bernama Ujang Rawan yang suka kepada Intan sari Manih tetapi sering di tolak. Namun terdapat lagi seorang lelaki yang meminati Intan sari Manih iaitu anak ketua Kampung, Tuan  Malano. Tuan Malano dan 2 orang konconya pendekar Lutut dan Bujang Kirai sering mengganggu Intan Sari Manih. Intan Sari Manh yang lancang berkata2 menyebabkan tuan Malano marah. Akibat marah,Tuan Malano pergi berjumpa seorang Tok Dukun untuk mengenakan sihir terhadap Intan Sari Manih. Intan Sari Manih menjadi gila akibat sihir tersebut. Ujang rawan yang kebetulan baru pulang ke kampung setelah lama pergi menuntut ilmu telah berjaya menyembuhkan Intan Sari Manih. Pertelingkahan berlaku antara Ujang Rawan dan Tuan Malano yang akhirnya dileraikan oleh Tok Yusoff yang merupakan ketua kampung dan bapa kepada tuan Malano. Tuan Malano di hukum pergi dari kampung tersebut manakalan Ujang Rawan dan Intan Sari Manih disatukan.
 ~The End~

Barisan pelakon dan penari si Jundai

Meraikan kejayaan teater dan bergambar kenangan.



Friday, November 12, 2010

~keRja Oh Kerja~

Hye everyone! salam..




Hari ni nak borak2 pasal kerja..dah dua hari tak post blog sbb tak da fakta & auta. hehehhe..
Dulu masa study teringin sangat nak bergelar "pekerja" tak nak jadi "student" dah penat lah kononnya. Kalau kerja tiap bulan ada income masuk.uish..bila pikir pasal duit, terasa best sangat. Time tu fikir kan best kalau aku dah kerja..Sekarang barulah tau perasaannya. No wonderlah orang selalu cakap 'kerja dan belajar adalah 2 benda yang berbeza sangat.bebanannya lain'.
Nak dijadikan cerita, orked ada buat mistake kat ofis. perasaan masa tu takut + neves + gelisah. Tapi muka buat2 tak da benda..rileks jer..After dah tau kat mana salah and betulkan semua dah ok lah..Big boss tak marah sbb mungkin tak effect sangat kat mana2 department. just in case if someone asking, we know where is the mistake and tell them what happen. Lega sikit after dah settle mistake tu...(^.^)
but then, timbul pulak satu masalah lain.Orked mengaku that is my mistake! and i'm asking the senior how does this mistake will impact our report and someone else report. Of course ada impact, but cannot do anything lah. it too late because they all punya report semua dah release..argh!!masa tu takut yang teramat lah sangat. Betul kata farhana, one of my friend said "one step wrong, all will be wrong too." Then orked dengar jelah diorang marah sbb mmg mistake sendiri. Redha..
Even the reason of my mistake is reasonable but it still my mistake. This is the best way to get lesson to someone yang baru kerja macam orked. At least we know what will happen, how to solve, what was the impact, should tell who and NEVER EVER repeat the same mistake!
bila semua ni terjadi orked mula sedar bebanan kerja dan tanggungjawab sebagai pekerja adalah sebesar jawatan yang kita pegang. then, orked terus ingat kata-kata Ms Kong (bos Division orked) masa performance appraisal semalam, " are you ready for the job?" which means are you ready for the responsibility of the job? Orked mula terfikir2 and rasa macam tak layak lagi.But, Amy kawan sekerja orked cakap 'you must be strong, rileks. don't be under estimate urself. Semua orang pon buat salah..Don't be too down..Keep learning from the mistake ok..'





P/s : kepada yang masih bergelar pelajar sila enjoy ur student life secara maksimum yer.. 

Wednesday, November 10, 2010

~RindU Kamoo Semua~

salam dan hau everyone!
orked teringat kawan-kawan masa joint program TnP under Beta Teguh. Perasaan RinDu pada korang semua kian melebat. Terimbau balik kenangan 2 bulan training course Marketing & Advanced Skill Marketing. Masa tu orked baru habis study tengah nak cari kerja lah kan. Kebetulan masa tu memang susah nak cari kerja. Sebabnya masa tu economy tgh down. Lagi-lagi Fresh Grad yang no experience memang susah sangat company nak ambil. Then, satu hari Best Friend orked, Gadiss call tanya nak joint atau tak TnP program ni. Fikir punya fikir orked terimalah tawaran tu sebab pertama ialah duit.heehehe..Yelah sape nak bagi RM1000 sebulan dengan just duduk training jer. Tempat tinggal ada Cuma makan jer kene tanggung sendiri. Sebab kedua, orked nak cari ilmu baru tentang marketing nak test keupayaan diri sendiri dalam marketing side.hahahah…and last reason and the best part of this TnP programe is after 2 month training, Beta Teguh akan carikan kerja untuk kami. Orked ada ajak kawan orked, sarah sekali sebab kebetulan sarah pon baru habis study and sedang cari kerja. Kami satu university and satu fakulti.


Hari 1st masuk kelas cuak jugak sebabnya tak kenal semua orang kecuali sarah. Macam2 andaian ada dalam kepala otak ni tapi tak nak timbulkan perspektif negatif. Just follow the flow jer. Then, jumpa pulak geng2 lelaki yang masuk2 kelas buat muka cover hadsome, muka berlagak, muka sombong. Bila kenal baru tau semua tu lakonan jer..hahahaha..dan perangai sebenar terbongkar. Semua gila-gila, sporting, happy go lucky and very nice person. Setiap orang ada kelebihan masing2 and we start learn give and take to each others. 2 bulan tu macam2 pengalaman dalam bidang marketing orked dapat belajar. Orked dapat belajar how to evaluate myself. Kat mana orked better and kat mana orked kurang yang mana orked boleh perbaiki.

Pejam celik pejam celik dah pon 2 bulan. Masing2 nak kene teruskan kehidupan mengikut haluan masing2. Ada yang sambung study, ada yang bekerja, ada yang balik kampong kerja kat kampong, dan ada yang lost contact. Nasib baik ada buat facebook untuk this Batch at least we can keep in touch kat fb. Sekarang OTW nak buat reunion. Harap2 dapatlah jumpa semua pada tarikh yang akan ditetapkan nanti.(^_^)..

jom orked kenalkan kawan2 orked dalam TnP Program.


ini En Munir.
ini izmerul selaku ketua kelas.

ini sarah.


ini Nuriz yang berdarah kacukan pakistan.


ini zoo.


ini syafiq @ sudu.


ini yusri.



inilah saya!!!


ini eika.

inilah batch aku.

with uncle Dan.


Ini encik Nizam

ini masa aku jadi MC untuk next batch punya perasmian.

ini kak huda.
gambar ni nak tunjuk si kecik nama azfar nih.

"BerkawaN biaR 1000"

Tuesday, November 9, 2010

~Pernah Tak?~

Salam semua & hi everyone,
 mari kita berkongsi cerita tentang kehidupan lagi.
Pernah tak suatu hari anda bertembung dengan orang yang anda tak kenal dan menghadiahkan orang tersebut sebuah senyuman yang ikhlas dari hati, tetapi orang tu tak balas langsung senyuman anda malah boleh menjeling lagi. Apa perasaan anda pada ketika itu??? Geram???? Bengang???rasa nak mengutuk??? Sakit hati???Ha...orked pernah lalui situasi ini dan tau apa perasaan tu. Sakit hati sangat tapi apa boleh buat. Lain manusia lain lah sifat dan perangai betul tak??? Tapi kita ni hidup kat dunia ni kejap jer tak lama pon buat apa nak sombong2  betul tak??? Dalam pada berfikir dan mengelamun tentang isu ini tiba2 orked terdengar satu lagu tajuk dia "senyum" nyanyi Malique feat Najwa. lagu ni memang sesuai sesangat untuk orang yang sombong dan tak suka membalas senyuman ikhlas orang lain.
Sebenarnya senyum dan ketawa ni ada banyak kebaikan tau. Orked terbaca satu aartikel tentang kebaikan senyum dan ketawa. Bila dah baca orked pulak yang rasa rugi sangat bila fikir orang yang tak suka senyum tu tak gunakan apa yang dia boleh gunakan untuk manfaat diri sendiri. Bukan mahal pon nak bayar kalau kita senyum. Free jer. kalau koag rasa nak tambah ilmu pengetahuan tentang senyum dan keawa ni bolehlah baca apa yang orked tulis kat bawah ni. kebaikan ni semua dari artikel yang orked baca. Jom kita Kongsi!!

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.

"Senyuman itu Satu Sedekah"

Thursday, October 21, 2010

~Sengaja Vs Tak Sengaja~

hye semua & assalamualaikum.
Biasanya bila kita OTW balik kerja naik putra LRt ke, monorail ke, Star ke, kereta ke, bus ker atau apa2 lah yang sewaktu dengannya mesti kita akan banyak berfikir tentang bermacam2 benda yang terlintas kat kepala betul tak???Nak dijadikan cerita, adalah seorang hamba ALLAH tu kan sebut pasal tandas.Hamba Alah tu cakap kuat2 dengan penuh yakin dan tanpa was2 "ishk, siapalah yang membuang dalam tandas tak reti nak flush tuh, kalau aku dapat orangnya siaplah!!!Pengotor!!orang macam tu sesuai duduk kat dalam hutan jerk. buang kat dalam lubang yang gali sendiri.!!" begitulah ayat seorang hamba Allah tu. Entah macam mana cik orked pon terfikirlah, kalau secara logiknya takkan lah orang yang membuang tu tak nak flush betul tak???mesti ada sebab. kemungkinan flush tu yang rosak sebab tu tandas tu tersumbat. Yang bercakap menyindir orang tu ada ker dia pergi selidik sebab apa tandas tu jadi macam tu??ataupun ada ker pergi try flush kan??ada???tak da rasanya~
Lepas tu cakap tak fikir perasaan orang yang membuang tu main nak terjah jer kan. Perasaan dia je yang dia kesahkan. Look like macam selfish kan. tapi selalunya itulah yang terjadi. bercakap main sedap mulut jer tak fikir perasaan orang lain terutama Orang yang membuang tu. cik orked yakin mesti flush tandas tu yang rosak bukan sengaja tapi tak disengajakan...Tandas oh tandas pasal ko pon ada orang gaduh yer.popular jugak ko nih..hehhe..

Sunday, October 10, 2010

~Thousand word Will begin Rite Now~

hai everyone..Sebenarnya orked dah lama ada blog account ni, tapi sekarang baru orked boleh benar2 bergiat aktif.Sebenarnya orked memang suka menulis cuma kadang2 desakan waktu dan kerja yang lebih penting menghalang.Sekarang i'm back!!..(^_^).A lot of story yang orked nak kongsi kepada kawan2 yang juga kongsi minat yang sama. InsyaAllah orked akan selalu update blog supaya lebih menarik untuk di kongsi bersama.Orked lebih selesa dan puas hati kalau segala yang orked tak puas hati, bengang ke, sakit hati ke, marah ke, atau apa2 lah yang berkaitan dengan perasaan, jiwa, hobi, interest atau pendapat orked tulis kat paper atau kat blog..Tapi macam biasalah ada cerita yang boleh kongsi dan ada yang hanya boleh jadi rahsia diri sendiri.betul kan???

this is me!!
Hari ni nak memperkenalkan my BFF. Nama dia Gadiss..kami dah kena hampir 3 tahun. Dalam masa 3 tahun kami selalu kongsi cerita berdua.Gelak sama2 kalau cerita kelakar, nangis sama2 kalau cerita sedih dan sakit hati. dah macam adik-beradik dah kalau orang tgk.Tapi yang pelik bila orang tgk kami sorang macam muka anak mami penang (orkedlah tu) sorang lagi macam cina sabah (gadiss). Jadi, dah sah2 kami bukan adik beradik. Zaman sekarang ni susah nk cari sahabat macam ni. tapi bukan mustahil.
This is Gadiss (my BFF)!!
Kami suka warna yang sama ~ orange, purple, putih dan hitam. Suka makan coklat. Banyak lagi lah yang sama.Kiranya kami ni serasi dan banyak persamaan. Bila banyak persamaan tu ah yang kadang2 buat kami bergaduh.hahahaha..bila ingat balik kelakar pulak..

 

10.10.10

Rasanya Semua orang tahu yang tarikh 10.10.10 ni dah jadi kegilaan ramai. pasangan yang nak mendirikan rumah tangga pun kebanyakkannya pilih tarikh ni. termasuklah angkasawan kita + Dr halina. pasangan yang sama cantik dan sama padan. Terserlah seri wajah kedua2 pengantin bila tengok majlis raja sehari dalam rancangan Nona petang tadi.
Cerita tentang tarikh dan perkahwinan, hari ini abang orked jugak melangsungkan perkahwinan di johor. kakak ipar orked orang johor. itu yang penat sikit hari ni. majlis berlangsung secara sederhana je bertemakan warna merah di sebelah lelaki dan warna emas di sebelah perempuan.  Hari ni pertama kali orked tahu nama kakak ipar orked dan tengok muka kak fiza (kakak ipar). Sebelum ni dengar cerita jer. Abang orked ni pulak buat surprise, tiba2 je nak kawen. kakak ipar ada datang umah tapi masa tu orked tak balik kampung. Kak fiza pandai masak, buat kuih pon sedap. nampaknya abang orked yang kurus tu akan gemuk tak lama lagi.hehehe...nak tengok gambar diorang tak???

 Majlis Raja sehari Antara samsulhisam & Fiza
Okeyh, ni sedikit gambar persandingan abang orked dan kak fiza.Nak upload banyak2 macam tak boleh  jerk..takper nnt orked upload kat facebook okeyh..
ermm..mata ni macam dah mengantok sangat..jam pon dah nak pukul 1.30am. daaa...
"Setiap PerteMuan pasti Akan temu Perpisahan-film Magika"