Powered By Blogger

Saturday, May 21, 2011

I Luv u "PauL"

Hye there, hope u guys have a great day today. Last night kan cik orked pergi jj bukit tinggi @ klang. Kononya, nk tgk POTC tapi tiket full la plak. Nk tgk Nur Kasih pon full jugak. Mmg pecah panggung la 2 movie ni. Asyik full jer bila nk tgk. best kot cerota tuh. Then sampai kaunter tiket tanya pekerja tgv tu cerita apa best. Then she suggest movie "PAUL". cik orked mcm tak yakin jer nk tgk cerita tu coz tak tgk gazet dia mcm mn kan. Tp xperlah bak kata "paul" dlm movie tu "sometimes we have to take a risk". Hehe..then, pkul 8.45 masuk panggung movie pon start. Pelakon dia mmg cik orked tak kenal tp lakonan diorg mmg menjadi n kelakar. Hahaha.. Then, tak lama lepas tu muncul plak "paul". Actually paul is an ALIEN! Yg 60 thn lalu spaceship dia terhempas atas seekor anjing bernama paul di sebuah kampung. Watak paul mmg kelakar. He is rude, happening and clever. Maybe bocoz he is an alien. haha..utk tahu apa yg kesah seterusnya pergilah tgk sendiri. Huhu..i luv u "paul"!!(^_^)

Thursday, May 19, 2011

Yes Boss!

Assalam semua, semoga hari ini hari yg terindah bt anda semua. Bila sebut ayat "yes bos!" ni secara automatiknya teringat pasal kerja, report dan bos. Mmg sinonim la ayat ni bg manusia yg bergelar pekerja. Setiap apa yg bos ckp dan bos mintak kenelah siapkn. Tak boleh tidak. Kalau say "no" jwbnya esok datang kerja dapat surat layang bersampul putih (surat pemberhentian kerja)hahaha.. Kerja cik orked sentiasa ada date line report. Mmg haru dibuatnya. Jgn kata nk cuti nk mc pon pk 2x. Kadang2 naik tension! Tp apa boleh bt, nama pon mkn gaji bt aje lah.. Redha..kalau tak kerja nk hidup mcm mn. Hari ni cik orked n jiran duduk belakang cik orked mmg tension sbb report yg kami buat tu dah 7, 8 kali bt tp tak jugak dpt figure yg menyedapkn hati. Hampir putus asa tp esok nk kene release. Nak tak nak teruskan jugak usaha. Aduh!! Haru biru jdnya. Dah kontang idea dah ni. Harap2 esok adalah jwpn kenapa report cik orked X dpt figure yg cantik seperti bulan2 lepas. Anyway, sesiapa yg berhadapan dgn situasi mcm ni don't give up ya!! Termasuklah cik orked. I will try my best tomorr0w!! Now, rest n sleep becoz tomorrow is tough day to face.. (^_^)Gudnite semua. Wassalam..

Wednesday, May 18, 2011

Banyak RagaM, baNyak Karenah

Hye semua, hari cik Orked nk ckp pasal ragam manusia. Tiap2 hari pergi kerje naik lrt macam2 ragam manusia kita boleh tgk. Sebagai observer,kadang2 kelakar tgk telatah Dan gelagat manusia ni. Sangat mengusik jiwa.Ada yg bercakap sorang, Ada yang ketawa sorang, Ada wajah berkerut fikirkan masalah, Ada wajah neutral mengosongkan kotak fikiran, Ada ceria wajah yg lega mungkin Kerana bebab kerja di Ofis dah kurang, tak kurang jugak wajah kusut dek fikirkan masalah sendiri. Itulah namanya kehidupan. Pelbagai ragam pelbagai Karenah.cik Orked mmg suka observe gelagat manusia ni. Banyak yg boleh di ambil untuk perbaiki diri. Banyak yg boleh di renungkan sejenak sikap2 yang tak sepatutnya dicontohi Dan sikap yg prt dicontohi. Bulan tu Saja, maklumlah bila Ada peluang observe org ni cik Orked suka tgk fesyen diorg. Mana2 yg sesuai boleh lah ikot. Bulan tiru cuma mencari inspirasi Gaya baru.. Hehe...kdg2 dalam train tu melayang jugak kepala ni verandah yg pelik2 tak kurang jugak memotavasikan diri seventh menempuh fail2 kat pejabat tu. Mudah-mudahan hari itu berjalan lancar. Erm..oklah setakat ni lah dulu cik Orked memgomel. Esok Lisa sambung lagi. Wish all my friends out there happy selalu Dan menjalani hari yg indah..(^_^)

Tuesday, May 17, 2011

Welcome back!

Hey,hope semua happy hari ini... Selamat menyambut hari wesak.. Dan selamat hari Lahir pada sesiapa yg menyambut birthday hari ni..semoga org yg berada di sekeliling saya sihat Dan extra happy arini..lama sungguh x update blog ni..br jumpa password blog sendiri.. Hehe..
Bila dah lama tak tulis blog ni mulalah kekontangan idea Dan kekeringan topic..kene refresh banyak Hal untuk dikongsikan bersama teman2..walau apa pon.. Saya dah kembali untuk update blog ini..kepada teman2 yg bergiat aktif menulis blog andalah inspirasi saya..
Semoga dgn adanya blog ini dpt improvekn penulisan sy kelak..

Saturday, January 22, 2011

~Sharing Is caring~

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..
hari ni cik orked nak kongsikan info dengan anda semua. bukan apa kadang2 kita ni hidup kenelah nasihat-menasihati dan ingat-mengingatkan antara satu sama lain terutamanya wanita. Info ini bila kita fikir balik memang sudah banyak terjadi tetapi ianya seringkali berlaku walaupun kita tau ianya salah. info ni kiriman sahabat cik orked untuk anda renungkan dan fikir2kan.

Mengahwini Wanita Hamil


Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5. Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila...Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.
Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu. mafhumnya: Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat kepada anda. bak kata orang Sharing is Caring.









Thursday, January 20, 2011

~JomBali @ Carrefour Wangsa Maju~

hye..assalamualaikum..

tut..tut...tut...
me : hello..
Buddy : hey!jom kita pegi jalan2 kat Carrefour.
me : em...tak nak lah...rasa malas  nak keluar..rasa nak stay kat umah jer..hari cuti kan...
Buddy : ala...jomlah...dah lama kita tak jalan2..
Me : ermm..sedar pon..ingatkan dah lupa (konon2 merajuklah..hahahah..)
Buddy : jomlah..kita survey hp jer..
me : okeylah..jom2..jgn lama2 yer..

cik orked pon pegilah jalan @ Carrefour wangsa maju hari ni...jalan punya jalan..tiba2 nampak 1 restoran baru..nampak macam baru bukak tapi tak tahulah kalau sebenarnya restoran tu dah lama buka..cuma I jer yang perasan..heheheh...

Me : eh!!Jombali???restoran barulah...
Buddy : nak try tak??
Me : ishk...tak mahal ker????
Buddy : biasa jer..tak lah mahal sangat..ok2 lah..
Me : makanan sedap??
Buddy : tak taulah..let try..sebelum ni Jalan2 cari makan pernah datang sini..so, maybe sedap..

Dengan perasaan yang ragu2 we all pon masuk n try makanan kat situ..cik orked order Nasi Goreng Tom Yam and air "Don't worry be Happy"..best kan nama air tu..tertarik betol nak mencubanya..Bagus betul marketing and strategi tarik pelanggan yang diorang guna..my buddy order mee kari and ais lemon tea + madu..after a while sampailah apa yang kami order..oklah..quite fast..maybe tak ramai org that why cepat sikit..we all pon try lah.erm...mmg sedap!!!no wonder jalan2 cari makan pon datang try makanan kat sini..portion makanan pon mmg puas hati..dalam pinggan besar, mangkuk besa.kalau goreng2 pon banyak..seafood pon dia bagi banyak.so, cik orked puas hatilah. jumpa dah 1 lagi resoran yang makanan dia sedap..wahahahha..So, kalau korang nak tau sedap atau tak..pergi try sendiri k..Restoran Jombali di Carrefour Wangsa Maju.memaaaaanggg ssssseeeeeddddaapppppp!!!(^_^)


 




Sunday, January 16, 2011

~Bila anda menyoal~

hye..kadang2 kita tak perasan bila tiap2 kali kita diuji kita sering bertanya pelbagai soalan itu dan ini seolah2 kita tida redha akan ujian itu. Sedangkan segala soalan itu telah dijawab didalam al-quran.Mari kita lihat segala jawapan kepada persoalan anda ketika diuji.

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami
telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal
kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada
Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada
orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku
bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

Peringatan ini cik orked terima dari sahabat yang prihatin pada cik orked. Saya
sebarkan peringatan ini kepada sahabat2 tersayang untuk ingat mengingati
kepada kebenaran.

Tuesday, January 11, 2011

~ceria Hati Gembira~

salam...

hai Semua...
pernah tak anda menilik meja anda di pejabat?? Apa yang anda rasa?? Adakah meja anda muram??tiada hiasan?? tak ceria langsung!!???? cik orked dah anggap tempat kerja tu rumah kedua. Yelah mana taknya hari2 pergi kerja duduk tempat yang sama dan jumpa orang yang sama. so, cik orked akan pastikan yang meja pejabat tu ceria, selesa dan mampu untuk membangkitkan semangat bekerja bila mood bosan + malas kerja tu datang.sedikit tips untuk anda untuk menghias meja anda di pejabt. Anda boleh meletakkan hiasan meja cukup sekadar boleh menyegarkan mata anda apabila mata anda terasa mata dah letih menghadap PC seharian. Boleh memilih warna2 yang ceria seperti hija, orange, biru dan pink. Warna2a ini boleh menyegarkan mata terutama warna hijau. Anda bebas memilih apa jua jenis perhiasan asalkan ianya tidak terlalu besar dan menggunakan space yang besar. Susun dan hias mengikut citarasa dan kretiviti anda. Cuba jadikan meja anda kemas dan selesa untuk anda duduki seharian. Boleh juga letakkan kata2 semangat yang boleh membangkitkan semangat anda seperti 'Happy working day'! Bila anda ceria segalanya akan menjadi. cube yer..

Saturday, January 8, 2011

~Gerak Kemas Day~

salam and hai semua..
Last Friday merupakan Hari Gerak Kemas di ofis cik orked. Biasanya Gerak Kemas ni dilaksanakan  3 bulan sekali. Apa yag kami buat masa hari Gerak Kemas ni??erm..mestilah mengemas tempat sendiri dan seluruh deparment. Kertas yang ada maklumat penting perlu di  shredded kan. barang2 yang tak guna tu buang. vakum lantai. lap meja. lap almari dan sebagainya. Gerak kemas ni bagus sebab selain dapat memastikan tempat kerja kita bersih, selesa dan kemas malah mewujudkan tempat kerja yang selamat. Inilah perbezaan tempat cik orked sebelum dan selepas.hehehe...anyway, Gerak kemas mmg berkesan untuk saya!


        ~sebelum~(^.^)                               ~Selepas~(^_^)



       ~selepas jugak~(^_+)*

so, from now on sila pastikan tempat kerja anda bersih, kemas, dan selamat untuk anda dan juga orang lain. selain tempat mencari rezeki tempat kerja juga seolah2 rumah kedua kita. Sedap mata memandang sedap lagi orang yang melihatnya.

Monday, January 3, 2011

~Melaka Wonderland memang best~

salam dan hye semua...
cuti krismas hari tu cik orked pegi bermain air bermandi manda di Melaka Wonderland. Tempat tu baru buka tapi orang dah ramai yang datang. Cik orked sampai masa tu jam 3 ptg. beratur bukan main panjang lagi. kaunter pulak 1 jer. Panas terik jugak. tapi disbbkan nak tahu apa yang ada kat dalam tu cik orked sabar menunggu. after tiket dah beli cik orked dan kawan2 pon masuklah..masuk2 jer orang ramai sangat. Masuk2 je pegi sewa pelampung dan start main..erm..macam2 ada sampai tak tahu nak main yang mana dulu..hehhhe..yang paling menakutkan dan gerun tornado chase. ishk..macam masuk dalam lubang dalam tanah. lagi2 duduk depan lagi gerun tapi seronok. adventure! menjerit tu jangan cakaplah. memang akan menjerit secara automatically.hahaha..bila ingat balik kelakar jer. then, kami try semua permainan air yang ada kat situ. menikmati perasaan keriangan, keseronokan dan boleh nengubati stress kerja.dah penat main cik orked tgk lah ragam kanak2 yang riang bermain air bersama kawan2 dan keluarga. seronok jer mereka tu main. Sesiapa yang belom pergi tu cepat2 lah pergi yer..mmg tak rugi dan seronok. kalau rasa2 tak nak kulit terbakar boleh lah pergi waktu petang. yang bestnya pukul 7.30 malam akan ada pertunjukan bunga api. dan kadang2 ada jugak pertunjukan api atau anda boleh menyanyi di stage yang disediakan. pergi tau jangan tak pergi.