Powered By Blogger

Friday, December 31, 2010

~New year New book New life~

hey!!salam semua..
Cik Orked yakin semua orang sekarang ni tgh hang out dengan kawan2 atau keluarga untuk sambut new year kan. di mana lokasi anda untuk new year countdown tahun ni?Selalunya orang akan pergi KLCC,  tak pon Bukit Bintang, tak pon Dataran Merdeka.erm..ada jugak yang pergi Ampang lookout. tak kesah lah mana2 pon korang sambut yang penting korang happy. selalunya cik orked suka tgk percikan bunga api masa  new year sbb rasa macam kita raikan pemergian tahun 2010 dengan penuh gembira even bayak suka-duka yang berlaku. dan raikan kedatangan tahun baru dengan tangan yang terbuka luas. then, mesti akan pasang azam baru.macam mana dengan korang semua? dah pasang azam baru ker??erm..pasang cepat yer. Bukan apa bila kita ada azam baru ni at least kita ada landasan sendiri untuk arah tuju hidup kita. Kalaulah kita tersasar dari landasan kita ada peunjuk untuk kembali ke jalan yang sepatutnya. jadi, cepat2 pasang azam yer.

wishing you  all a Fantastic January...
Lovable Fabuary...
Marvelous March...
Luckiest April...
Enjoyable May...
Succesfull June...
Wonderful July...
Abundance August....
Sweetest  September...
Properous October...
Beautiful November..
Happiest December..

Have a victorious years, wishing u Happy New Year 2011..
Cheers. (^_^)


Monday, December 6, 2010

~Jom Teroka 1432H~

salam + hye semua!!!
Tak sedar masa berlalu begitu pantas meinggalkan kita. benarlah kata bijak pandai 'masa tidak sekali-kali menunggu kita, tetapi kita yang perlu kejar masa itu'. Hari ni telah pun masuk tahun baru iaitu 1432H. Haa..sempat tak baca doa akhir tahun dan doa awal tahun??? Semoga tahun baru ni lebih baik daripada tahun2 yang sebelumnya.Bila cakap tentang tahun baru, dah pasang azam baru ker???macam mana denga azam tahun lepas dah tercapai ker??ermm..kalau dah tercapai alhamdullillah.kalau belom tercapai boleh bawak foward ke tahun baru ni. kita sambung usaha untuk capai azam tu..ha..nak tambah azam baru pon boleh..at least dengan azam yang disenaraikan tu membuatkan kita selalu on track dan tak tersasar jauh dai landasan hidup yang sepatutnya. ~Selamat tahun baru~

p/s: Jom kita sama-sama terokai tahun 1432H..

"ya ALLAH, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya,sedia ada, tiada permulaan. Kelebihan Mu Maha Besar dan kmurahanMu sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada-mu agar terpelihara daripada tipu daya syaitan yang terlaknat dan konco-konconya serta bala tenteranya. dan kami memohon daipada Mu akan pertolongan mengalahkan runtuhan nafsu amarah."  

Sunday, December 5, 2010

~Rayyan Fantasi~

hye semua..
hmmm..lama betul tak update kat blog ni..bukan bz tapi takda bahan nak tulis..ehehheheh...
hari ni xtvt hujung minggu cik orked pergi jalan kat JJ. Kononnya nak makan2 jer tapi tersangkut pulak kat kedai buku MPH. Cadangnya nak cari 1 buku bertajuk 'The Secret' untuk kakak cik orked. tapi xada pulak.tiba2 best friend cik orked tunjuk satu buku baru. tajuk dia "Rayyan Fantasi" tulisan Ramlee Awang Mursyid- penulis kegemaran cik orked. hmm..buku baru!!apalagi belilah..murah jer RM 19.90. Memang tinggal sebuah je buku tu. nasib baik cepat kalau lambat kene tunggu stok baru lah jawabnya.

Cik orked belum baca lagi cuma sempat baca sinopsis cerita jer.'Rayyan fantasi' mengisahkan seorang lelaki yang bernama Aiddin yang memiliki sebuah keluarga bahagia. Susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Walaupun memiliki hidup yang gembira dan ceria, tetapi kehidupan kemanusiaanya tercalar apabila dia disahkan menghidap barah otak tahap 4. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam masa yang singkat. sejak itu jiwa Aiddin terganggu dan sering bersendirian. Perasaan dukanya ditenteramkan oleh tunangnya, Feenayang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir Aiddin adalah mendaki gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana tetapi Aiddin hilang di kawasan pergunungan itu. Selepas 5 tahun berlalu, Aiddin muncul kembali di kawasan itu. Sejak itu siri pembunuhan ngeri sering berlaku dan Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.


siapakah perempuan2 itu semua??Apakah kesudahan cerita ini??apakah yang berlaku sebenarnya?? Nantikan sambungan cerita sebenar selepas cik orked habis baca yer...(^_^)..Fantasi bijak menipu fikiran kita, oleh itu, pastikan sekeliling anda adalah realiti. Sebuah rahsia dalam lingkaran suspens hasil kreativiti tulisan Ramlee Awang Mursyid untuk anda semua terokai.