hye semua..
hmmm..lama betul tak update kat blog ni..bukan bz tapi takda bahan nak tulis..ehehheheh...
hari ni xtvt hujung minggu cik orked pergi jalan kat JJ. Kononnya nak makan2 jer tapi tersangkut pulak kat kedai buku MPH. Cadangnya nak cari 1 buku bertajuk 'The Secret' untuk kakak cik orked. tapi xada pulak.tiba2 best friend cik orked tunjuk satu buku baru. tajuk dia "Rayyan Fantasi" tulisan Ramlee Awang Mursyid- penulis kegemaran cik orked. hmm..buku baru!!apalagi belilah..murah jer RM 19.90. Memang tinggal sebuah je buku tu. nasib baik cepat kalau lambat kene tunggu stok baru lah jawabnya.
Cik orked belum baca lagi cuma sempat baca sinopsis cerita jer.'Rayyan fantasi' mengisahkan seorang lelaki yang bernama Aiddin yang memiliki sebuah keluarga bahagia. Susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Walaupun memiliki hidup yang gembira dan ceria, tetapi kehidupan kemanusiaanya tercalar apabila dia disahkan menghidap barah otak tahap 4. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam masa yang singkat. sejak itu jiwa Aiddin terganggu dan sering bersendirian. Perasaan dukanya ditenteramkan oleh tunangnya, Feenayang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir Aiddin adalah mendaki gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana tetapi Aiddin hilang di kawasan pergunungan itu. Selepas 5 tahun berlalu, Aiddin muncul kembali di kawasan itu. Sejak itu siri pembunuhan ngeri sering berlaku dan Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.
siapakah perempuan2 itu semua??Apakah kesudahan cerita ini??apakah yang berlaku sebenarnya?? Nantikan sambungan cerita sebenar selepas cik orked habis baca yer...(^_^)..Fantasi bijak menipu fikiran kita, oleh itu, pastikan sekeliling anda adalah realiti. Sebuah rahsia dalam lingkaran suspens hasil kreativiti tulisan Ramlee Awang Mursyid untuk anda semua terokai.
No comments:
Post a Comment