Malam tadi ada seorang sahabat ajak cik orked pergi menonton teater tradisional Randai bertajuk si Jundai di ASWARA. cik orked pon pergilah daripada bosan2 duduk kat rumah kan.ini bukan kali pertama pergi tonton teater kat ASWARA adalah beberapa kali. Yang seronoknya bila tonton teater ni kita dapat tgk lakonan live daripada pelajar2 ASWARA. Biasanya mereka ni akan buat teater berksahkan tarian atau cerita tradisional yang kadang2 kita sendiri pon tak tahu kewujudan cerita tu atau tarian tersebut. baguskan??
Randai adalah sejenis teater rakyat yang popular di Negeri sembilan yang mana gabungan seni persembahan muzik, nyanyian, tarian, drama dan seni persilatan. Kiasah2 yang disampaikan adalah cerita yang berasal dari Minang. Dahulunya sering dipersembahkan di pesta dan majlis kesenian tradsional dan jalan cerita yang memakan masa beberapa hari. Namun kini Randai telah dipadatkan dan disesuaikan untuk dipersembahkan secara "teater dalam Bulatan" yang membawa maksud kesepaduan antara khalayak dan pelakon. Dahulu Randai dipersembahkan oleh golongan lelaki sahaja tetapi sejak 1960-an golongan wanita juga turut terlibat.
Si jundai bermaksud ilmu hitam atau sihir yang digunakan untuk mendapatkan sesuatu dengan cara yang tidak bermoral. Si Jundai Mengisahkan seorang pemuda bernama Ujang Rawan yang suka kepada Intan sari Manih tetapi sering di tolak. Namun terdapat lagi seorang lelaki yang meminati Intan sari Manih iaitu anak ketua Kampung, Tuan Malano. Tuan Malano dan 2 orang konconya pendekar Lutut dan Bujang Kirai sering mengganggu Intan Sari Manih. Intan Sari Manh yang lancang berkata2 menyebabkan tuan Malano marah. Akibat marah,Tuan Malano pergi berjumpa seorang Tok Dukun untuk mengenakan sihir terhadap Intan Sari Manih. Intan Sari Manih menjadi gila akibat sihir tersebut. Ujang rawan yang kebetulan baru pulang ke kampung setelah lama pergi menuntut ilmu telah berjaya menyembuhkan Intan Sari Manih. Pertelingkahan berlaku antara Ujang Rawan dan Tuan Malano yang akhirnya dileraikan oleh Tok Yusoff yang merupakan ketua kampung dan bapa kepada tuan Malano. Tuan Malano di hukum pergi dari kampung tersebut manakalan Ujang Rawan dan Intan Sari Manih disatukan.
~The End~
Barisan pelakon dan penari si Jundai
Meraikan kejayaan teater dan bergambar kenangan.
No comments:
Post a Comment