Powered By Blogger

Sunday, January 16, 2011

~Bila anda menyoal~

hye..kadang2 kita tak perasan bila tiap2 kali kita diuji kita sering bertanya pelbagai soalan itu dan ini seolah2 kita tida redha akan ujian itu. Sedangkan segala soalan itu telah dijawab didalam al-quran.Mari kita lihat segala jawapan kepada persoalan anda ketika diuji.

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami
telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal
kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada
Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada
orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku
bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

Peringatan ini cik orked terima dari sahabat yang prihatin pada cik orked. Saya
sebarkan peringatan ini kepada sahabat2 tersayang untuk ingat mengingati
kepada kebenaran.

Tuesday, January 11, 2011

~ceria Hati Gembira~

salam...

hai Semua...
pernah tak anda menilik meja anda di pejabat?? Apa yang anda rasa?? Adakah meja anda muram??tiada hiasan?? tak ceria langsung!!???? cik orked dah anggap tempat kerja tu rumah kedua. Yelah mana taknya hari2 pergi kerja duduk tempat yang sama dan jumpa orang yang sama. so, cik orked akan pastikan yang meja pejabat tu ceria, selesa dan mampu untuk membangkitkan semangat bekerja bila mood bosan + malas kerja tu datang.sedikit tips untuk anda untuk menghias meja anda di pejabt. Anda boleh meletakkan hiasan meja cukup sekadar boleh menyegarkan mata anda apabila mata anda terasa mata dah letih menghadap PC seharian. Boleh memilih warna2 yang ceria seperti hija, orange, biru dan pink. Warna2a ini boleh menyegarkan mata terutama warna hijau. Anda bebas memilih apa jua jenis perhiasan asalkan ianya tidak terlalu besar dan menggunakan space yang besar. Susun dan hias mengikut citarasa dan kretiviti anda. Cuba jadikan meja anda kemas dan selesa untuk anda duduki seharian. Boleh juga letakkan kata2 semangat yang boleh membangkitkan semangat anda seperti 'Happy working day'! Bila anda ceria segalanya akan menjadi. cube yer..

Saturday, January 8, 2011

~Gerak Kemas Day~

salam and hai semua..
Last Friday merupakan Hari Gerak Kemas di ofis cik orked. Biasanya Gerak Kemas ni dilaksanakan  3 bulan sekali. Apa yag kami buat masa hari Gerak Kemas ni??erm..mestilah mengemas tempat sendiri dan seluruh deparment. Kertas yang ada maklumat penting perlu di  shredded kan. barang2 yang tak guna tu buang. vakum lantai. lap meja. lap almari dan sebagainya. Gerak kemas ni bagus sebab selain dapat memastikan tempat kerja kita bersih, selesa dan kemas malah mewujudkan tempat kerja yang selamat. Inilah perbezaan tempat cik orked sebelum dan selepas.hehehe...anyway, Gerak kemas mmg berkesan untuk saya!


        ~sebelum~(^.^)                               ~Selepas~(^_^)



       ~selepas jugak~(^_+)*

so, from now on sila pastikan tempat kerja anda bersih, kemas, dan selamat untuk anda dan juga orang lain. selain tempat mencari rezeki tempat kerja juga seolah2 rumah kedua kita. Sedap mata memandang sedap lagi orang yang melihatnya.

Monday, January 3, 2011

~Melaka Wonderland memang best~

salam dan hye semua...
cuti krismas hari tu cik orked pegi bermain air bermandi manda di Melaka Wonderland. Tempat tu baru buka tapi orang dah ramai yang datang. Cik orked sampai masa tu jam 3 ptg. beratur bukan main panjang lagi. kaunter pulak 1 jer. Panas terik jugak. tapi disbbkan nak tahu apa yang ada kat dalam tu cik orked sabar menunggu. after tiket dah beli cik orked dan kawan2 pon masuklah..masuk2 jer orang ramai sangat. Masuk2 je pegi sewa pelampung dan start main..erm..macam2 ada sampai tak tahu nak main yang mana dulu..hehhhe..yang paling menakutkan dan gerun tornado chase. ishk..macam masuk dalam lubang dalam tanah. lagi2 duduk depan lagi gerun tapi seronok. adventure! menjerit tu jangan cakaplah. memang akan menjerit secara automatically.hahaha..bila ingat balik kelakar jer. then, kami try semua permainan air yang ada kat situ. menikmati perasaan keriangan, keseronokan dan boleh nengubati stress kerja.dah penat main cik orked tgk lah ragam kanak2 yang riang bermain air bersama kawan2 dan keluarga. seronok jer mereka tu main. Sesiapa yang belom pergi tu cepat2 lah pergi yer..mmg tak rugi dan seronok. kalau rasa2 tak nak kulit terbakar boleh lah pergi waktu petang. yang bestnya pukul 7.30 malam akan ada pertunjukan bunga api. dan kadang2 ada jugak pertunjukan api atau anda boleh menyanyi di stage yang disediakan. pergi tau jangan tak pergi.


Friday, December 31, 2010

~New year New book New life~

hey!!salam semua..
Cik Orked yakin semua orang sekarang ni tgh hang out dengan kawan2 atau keluarga untuk sambut new year kan. di mana lokasi anda untuk new year countdown tahun ni?Selalunya orang akan pergi KLCC,  tak pon Bukit Bintang, tak pon Dataran Merdeka.erm..ada jugak yang pergi Ampang lookout. tak kesah lah mana2 pon korang sambut yang penting korang happy. selalunya cik orked suka tgk percikan bunga api masa  new year sbb rasa macam kita raikan pemergian tahun 2010 dengan penuh gembira even bayak suka-duka yang berlaku. dan raikan kedatangan tahun baru dengan tangan yang terbuka luas. then, mesti akan pasang azam baru.macam mana dengan korang semua? dah pasang azam baru ker??erm..pasang cepat yer. Bukan apa bila kita ada azam baru ni at least kita ada landasan sendiri untuk arah tuju hidup kita. Kalaulah kita tersasar dari landasan kita ada peunjuk untuk kembali ke jalan yang sepatutnya. jadi, cepat2 pasang azam yer.

wishing you  all a Fantastic January...
Lovable Fabuary...
Marvelous March...
Luckiest April...
Enjoyable May...
Succesfull June...
Wonderful July...
Abundance August....
Sweetest  September...
Properous October...
Beautiful November..
Happiest December..

Have a victorious years, wishing u Happy New Year 2011..
Cheers. (^_^)


Monday, December 6, 2010

~Jom Teroka 1432H~

salam + hye semua!!!
Tak sedar masa berlalu begitu pantas meinggalkan kita. benarlah kata bijak pandai 'masa tidak sekali-kali menunggu kita, tetapi kita yang perlu kejar masa itu'. Hari ni telah pun masuk tahun baru iaitu 1432H. Haa..sempat tak baca doa akhir tahun dan doa awal tahun??? Semoga tahun baru ni lebih baik daripada tahun2 yang sebelumnya.Bila cakap tentang tahun baru, dah pasang azam baru ker???macam mana denga azam tahun lepas dah tercapai ker??ermm..kalau dah tercapai alhamdullillah.kalau belom tercapai boleh bawak foward ke tahun baru ni. kita sambung usaha untuk capai azam tu..ha..nak tambah azam baru pon boleh..at least dengan azam yang disenaraikan tu membuatkan kita selalu on track dan tak tersasar jauh dai landasan hidup yang sepatutnya. ~Selamat tahun baru~

p/s: Jom kita sama-sama terokai tahun 1432H..

"ya ALLAH, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya,sedia ada, tiada permulaan. Kelebihan Mu Maha Besar dan kmurahanMu sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada-mu agar terpelihara daripada tipu daya syaitan yang terlaknat dan konco-konconya serta bala tenteranya. dan kami memohon daipada Mu akan pertolongan mengalahkan runtuhan nafsu amarah."  

Sunday, December 5, 2010

~Rayyan Fantasi~

hye semua..
hmmm..lama betul tak update kat blog ni..bukan bz tapi takda bahan nak tulis..ehehheheh...
hari ni xtvt hujung minggu cik orked pergi jalan kat JJ. Kononnya nak makan2 jer tapi tersangkut pulak kat kedai buku MPH. Cadangnya nak cari 1 buku bertajuk 'The Secret' untuk kakak cik orked. tapi xada pulak.tiba2 best friend cik orked tunjuk satu buku baru. tajuk dia "Rayyan Fantasi" tulisan Ramlee Awang Mursyid- penulis kegemaran cik orked. hmm..buku baru!!apalagi belilah..murah jer RM 19.90. Memang tinggal sebuah je buku tu. nasib baik cepat kalau lambat kene tunggu stok baru lah jawabnya.

Cik orked belum baca lagi cuma sempat baca sinopsis cerita jer.'Rayyan fantasi' mengisahkan seorang lelaki yang bernama Aiddin yang memiliki sebuah keluarga bahagia. Susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Walaupun memiliki hidup yang gembira dan ceria, tetapi kehidupan kemanusiaanya tercalar apabila dia disahkan menghidap barah otak tahap 4. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam masa yang singkat. sejak itu jiwa Aiddin terganggu dan sering bersendirian. Perasaan dukanya ditenteramkan oleh tunangnya, Feenayang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir Aiddin adalah mendaki gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana tetapi Aiddin hilang di kawasan pergunungan itu. Selepas 5 tahun berlalu, Aiddin muncul kembali di kawasan itu. Sejak itu siri pembunuhan ngeri sering berlaku dan Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.


siapakah perempuan2 itu semua??Apakah kesudahan cerita ini??apakah yang berlaku sebenarnya?? Nantikan sambungan cerita sebenar selepas cik orked habis baca yer...(^_^)..Fantasi bijak menipu fikiran kita, oleh itu, pastikan sekeliling anda adalah realiti. Sebuah rahsia dalam lingkaran suspens hasil kreativiti tulisan Ramlee Awang Mursyid untuk anda semua terokai.